|
|
| Thursday, 22-Jan-2009 03:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aku pindah kat blog.faisalrahim.com
|
|
Bismillahirrahmanirrahim.
Aku akhirnya menyahut seruan muslimin seluruh dunia yang menyeru supaya kempen memboikot produk Israel diperluaskan sebagai tanda bantahan, kecewa, marah dan kutukan terhadap kezaliman rejim zionis yang melakukan pembunuhan kejam ke atas saudara kita di Gaza, Palestin. Untuk makluman fotopages adalah "Made in Israel" iaitu dicipta oleh orang Israel dan sampai sekarang hosting dan domain fotopages berada Tel Aviv, Israel. Korang boleh tengok WHOIS untuk check dan confirm benda ni.
Untuk pengetahuan juga Malaysia merupakan pengguna terbesar fotopages yang secara langsung memberikan peluang mereka menjana keuntungan melalui iklan di fotopages. Boleh follow link ni untuk lihat bukti tersebut : PECAHAN PENGGUNA FOTOPAGES MENGIKUT NEGARA iaitu lebih dari 30% dari seluruh dunia. Kalau tengok nama2 orang yang register fotopages di Malaysia pula lebih 70% adalah orang Melayu Islam. Korang bleh tengok nama2 mereka kalau follow link kat Negara Malaysia tu. Jadi kalau kita tak guna memang nampak significant perubahan tu berbanding boikot benda lain.
Aku akui tidak mampu untuk pergi berjihad bersama-sama masyarakat Palestin..tetapi hanya dengan usaha tidak seberapa inilah sahaja mampu tunjukkan keprihatinan kita terhadap kekejaman yang berlaku..sehubungan dengan itu, sebagai tanda protes aku dengan ini secara RASMI berpindah ke blog baru http://blog.faisalrahim.com dan menutup operasi faisalrahim.fotopages.com di syarikat milik Israel (Fotopages) ini.
Selepas ini tiada apa2 update kat sini lagi. Korang bleh lawat aku kat blog tersebut. Terima kasih kerana sudi melawat aku kat sini. Aku tak suruh sesapa berpindah macam aku. Kalau taknak pindah jangan plak perkecil dan kutuk usaha memboikot seperti ni. Ia hanya buat orang2 ni nampak sangat 'loser' dan sangat bodoh bagi aku.
Wassalam.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-Jan-2009 00:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Fotopages dan Negara Israel..
|
|
Bismillahirrahmanirrahim..
Sebenarnya aku dah tawar hati nak update pape kat fotopages ni..sebab aku baru tahu yang Pidgin Technologies yang cipta dan uruskan Fotopages ni adalah orang Israel dan hostingnya juga adalah dari dalam Negara Israel..senang cerita Fotopages ni Made in Israel lah..dan lagi best Malaysia adalah pengguna Fotopages paling ramai..kita semua tahu kekejaman mereka terhadap orang2 Islam di Palestin sekarang..
Jadi aku rasa sebagai orang Islam dan menolak kekejaman mereka aku merancang untuk berpindah ke tempat lain..tapi bukanlah dalam masa terdekat sebab aku bizi sangat sekarang..tidakkah pelik kita mengutuk, mengeji dan membenci mereka tapi kita masih lagi bergembira guna produk dari mereka..secara tak langsung membantu melariskan produk mereka ni dan menambah dana mereka melalui iklan2..Sebenarnya tanpa kita sedar memang tujuan mereka supaya seluruh dunia bergantung kepada teknologi dan kemahiran yang mereka miliki..
Sebenarnya aku tak berapa setuju masjid2 yang mendoakan kehancuran dan jahanamkan Israel..sebab Rasulullah tak pernah sekalipun mendoakan kejahatan/kehancuran terhadap umatnya hatta orang yang sangat memusuhi Islam..Banyak rasul sebelum Rasulullah mendoakan bala bencana kepada umatnya kecuali Nabi kita Muhammad S.A.W..Baginda hanya mendoakan agar dibukakan hati-hati mereka untuk menerima sinar Islam..
Memang kita boleh kutuk dan memulaukan barangan mereka sebagai tanda protes tapi dalam hal berdoa ni, aku rasa kita kena berhati2..aku hanya mendoakan supaya mereka sabar dengan ujian Allah dan semoga mereka mati dalam mempertahankan negara dan Islam..kerana takde mati yang lebih baik dari mati syahid..aku tak doakan keselamatan mereka sebab tahu keselamatan mereka takkan terjamin bila berada dekat Israel sampai bila2..kita kat sini tak berpeluang langsung nak mati syahid berbanding mereka kat sana..jadi dari satu sudut mereka juga lebih beruntung dari kita yang biasanya mati akibat banyak makan yang pastinya belum dijamin masuk syurga,huhu..fikir-fikirkanlah..
Wassalam..
Nota kaki : Aku takkan tutup FP ni..cuma aku akan jarang update sehingga aku berpindah ke tempat baru..terima kasih sebab singgah kat sini..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 4-Jan-2009 10:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berdiam itu lebih baik..
|
|
Bismillahirramanirrahim..
Kekadang kita kerap membuat penilaian dan menghukum individu terhadap sesuatu perkara walaupun kita tak mendapat maklumat yang cukup..bagi aku, kekadang kita kena bertanya pada diri sendiri “patutkah aku berkata2 dalam hal ini?”, “Haruskah aku terikut2 beri penilaian padahal kita tak tahu permasalahan yg sebenar?” Kalau hanya sekadar berkata2, padahal kita sendiri tidak tahu sama ada ia membawa manfaat atau tidak maka sebaiknya kita diam sahaja..
Kalaupun kita memandang perlu untuk berkata2, maka sebaiknya berikan yang terbaik kepada orang yg mendengarnya dengan kata2 paling tulus, paling bersih dari segala niat dan motivasi yang tidak lurus..usahakanlah kata2 yang keluar dari mulut kita kemas sedemikian rupa hingga membawa manfaat dan faedah bagi diri sendiri dan orang lain..berusahalah sentiasa agar kata2 yg kita ucapkan benar2 bersih dari penambahan-penambahan dan rekaan-rekaan yang tiada ertinya..
Aku tak sihat arini..aku cuma nak tunjuk gambar kengkawan yang bertugas hingga malam pada akhir tahun 2008 di Kaunter Zakat Kajang..kutipan zakat pada hari terakhir di seluruh Negeri Selangor sahaja melebihi RM13 juta..sehari sebelum tu hampir RM10 juta..semoga semua pembayar zakat tersebut dimurahkan dan diberkati lagi rezekinya,amin..
Gambar kat atas ni time kitorang makan kat SR Kajang..Bos Kajang blanja,hehe..thanks din, semoga rezeki ko bertambah murah dan dapat blanje kitorang lagi..pasni aku dah kerja kat HQ Shah Alam semula..jalankan tugas macam biasa..
wassalam
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 30-Dec-2008 11:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Update di Akhir Tahun l sambungan Amie&Didie..
|
|
Bismillahirrahmanirrahim..
Kat tempat kerja aku ni kalau bulan Disember mesti sibuk gile sebab ramai orang buat bayaran zakat last minit..pegawai2 kat HQ Shah Alam semua kena turun ke daerah2 bagi membantu kaunter2 kutip zakat..akupun tak terkecuali gak walaupun aku kerja bahagian ICT..macam tahun2 lepas aku kena turun ke Kaunter Zakat Kajang..sbnrnya badan aku tak penatpun, tapi mulut aku yang penat sebab cakap tak berhenti2 menjawab soalan dan bacakan doa pembayar2 zakat tu,hehe..
Kat sini byk website kena block..oleh kerana fotopages tak block jadi aku blehlah update benda alah ni,hehe..aku saja update gambar job lepas yang aku lum publish disebabkan tuan punye empunya badan belum memberikan kebenaran sebenarnya aku masih lagi mencari kaler dan mood gambar yang aku paling suka..jadi gambar2 aku ni kira macam eksperimentasi ke arah tu gaklah..kalau aku dah dapat nnti aku guna mood tu je,hehe..
Alhamdulillah, tahun ni aku banyak belajar dan dapat sesuatu dari bidang yang aku minat ni..aku baru pegang DSLR ni akhir bulan Ogos lepas..sblm tu aku hampeh tak reti setting2 tu apatah lagi terfikir nak amik gambar orang kahwin..tapi berbekal pengalaman aku amik video sblm ni aku punya confident level dah agak tinggi lah sekarang,ceewaahh..
Tapi banyak lagi yang aku kena perbaiki sebenarnya..Honestly, aku masih tak puas hati lagi gambar2 yang aku amik ni..takde gambar yang aku bleh kategorikan sebagai "woow"..tahun depan aku akan jadi bertambah baik lagi,insyaallah..caranya aku akan terus belajar dan belajar dgn otai2 yang selalu aku jumpe,hehe.. dengan tu aku akan dapat kepuasan yang aku nak dalam bidang ni..bukan setakat amik job pastu buat sambil lewa semata2 nak dapat duit..aku bukan jenis camtu..banyak lagi cara aku bleh buat nak dapatkan duit..tapi kepuasan tu yang lebih penting bagi aku walau nilainya kecil.. Selamat Tahun Baru semua kengkawan..
wassalam..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 21-Dec-2008 23:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Herni & Zaidi l Majlis Bersanding l 21.12.08 l Tmn Aman,Banting
|
|
Bismillahirrahmanirrahim..
Entry kali ni bukanlah job aku ataupun aku 'Tag Along' ngan sesapa..tapi aku datang sebagai tetamu yang menyibuk nak amik gambar pengantin,hahaha..Herni ni kerja kat JAIS, satu bangunan ngan tempat aku kerja..dia tingkat 4 aku tingkat 10,hehe..kebetulan masa aku sampai dia dah nak siap make-up, jadi akupun nyibuklah amik gambar skit2 sampailah pengantin makan beradap..lagipun aku bosan siot takde job minggu nih,hehe
Sebenarnya ada beberapa org photographer ajak aku 'Tag Along' tapi aku kena juga gi kenduri kahwin member2 aku nih.. ada 2 rumah sebenarnya hari tersebut..apapun, thanks kat Romzi, Qayyum ngan Nanba yang sudi ajak aku shoot ngan korang..lenkali aku menuntut dari korang ye,hehe..apapun korang layanlah gambar tak seberapa kat bawah ni..aku guna satu lens je, Sigma 10-20mm..malas bawak lens lain, aku bukan OP pun,hahahaha..
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah..aku sbnrnya tak kenal nama ramai budak2 JAIS tu even duduk lama satu bangunan,hehe..tapi muka2 diaorg aku camlah..lagipun ai kan pemalu nak kenal2,wakakakakakaka...apapun tahniah kepada herni dan suami..semoga dapat baby cepat,amin...
Wassalam.
Nota kaki : Aku bizi minggu ni siapkan multimedia presentation majlis Sultan minggu depan sempena awal muharram..dah lama gile aku tak sentuh Adobe Flash nih,huhu..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 15-Dec-2008 00:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ridzuan & Azmah l Majlis Bertandang l 14.12.2008 l Vista Angkasa
|
|
Bismillahirrahmanirrahim..
Semalam aku amik satu majlis kahwin..terima kasih kepada Zizei Photo Design yang beri kepercayaan kepada aku untuk buat job ni.. sebenarnya ni kali pertama aku amik gambar wedding sengsorang..rasa cuak dan risaupun ada,huhu..yela takut ada benda yang tak tercover ke or benda tak dijangka berlaku..takut kamera rosak ke (takde back-up kamera), memory card corrupt ke, aku pengsan ke,hahaha..ajak member masing2 ada job..kesunyian gaklah takde member nak berborak sepanjang majlis..msge2 ngan Zizei je..nasib pengantin sporting gile, hehe..
Sebenarnya aku memang agak kelam kabut skit sebab bila hujan ni semua jadi tak tersusun skit..abis lens aku basah kena tempias air hujan, nasib takde pape,hehe..apapun enjoy sedikit gambar majlis tersebut..banyak benda aku kena perbaiki lagi :
Alhamdulillah majlis berjalan lancar..cuma ujan lebat selepas berarak tu..sebenarnya ada 2 pasangan pengantin hari tu..Ridzuan dan abangnya..aku cover yang Ridzuan je sbb abgnya ada photog lain..yang ralat skit, kitorang terpaksa berarak dulu sebab pengantin perempuan abangnya tak sampai lagi..sebab masa tu ujan dah rintik2 turun..pas si Ridzuan & Azmah duduk lama kat pelamin baru abangnya sampai dalam keadaan ujan2,huhu..Apapun, terima kasih skali lagi kat Zizei yang menyokong team Arsenal yang tak best itu,hahahaha...
Wassalam.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 9-Dec-2008 03:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Basikal Tua..
|
|
Bismillahirrahmanirrahim..
Nampaknya tahun ni aku tak dapat amik gambar korban sebab macam kat tempat2 lain, hujan lebat sangat sepanjang hari dari kul 5 pagi sampailah lewat petang,huhu..masalahnya bukan ujan je..kebun tempat nak korban tu pun banjir.. sebab tu tak bleh buat korban..hari ni baru diaorg buat korban..aku plak dah kerja
Aku saje nak tunjuk Basikal Tua yang ada kat umah aku ni..Usia basikal ni dah lebih 30 tahun tau..beli dulu tahun 70an masa aku belum lahir lagi..kekadang bila naik basikal ni teringat dulu2 masa aku kecik..masa belajar naik basikal camni..kena menyendeng ketepi sambil kayuh basikal..sebab mana sampai kaki aku nak duduk..jadi sepanjang jalan memang menyendeng je lah,hehehe..tapi tak pelik sebab tengok budak2 lain naik beskal sama gaya macam aku,hahaa
Kalau korang tengok gambar last tu, sekarang aku dah besarpun tak bleh nak jejak kaki kat tanah..basikal ni memang tinggi..bukan aku yang rendah tau,haha..basikal tua ni memang tahan sebab kualiti dia sangat baik..basikal adik aku yang baru 2-3 tahun dah tak bleh pakai sebab rosak macam2.. paling aku suka tang break besi dia..masih bleh berfungsi dengan baik tau.. bila naik basikal ni rasa ada lagu2 'oldies' berkumandang sekeliling aku,hahaha..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Dec-2008 00:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Halil & Nana bakal dapat cahaya mata..:)
|
|
Bismillahirrahmanirrahim..
Salah satu berita gembira yang aku terima baru2 ni adalah member baik aku bakal mendapat cahaya mata pertamanya,ceewahh..nana dah confirm pregnant.. tahniah aku ucapkan kepada mereka berdua..walaupun sekarang aku jarang berhubung disebabkan kerja masing2 yang tak mengizinkan tapi ia tak menghalang untuk aku rasa gembira ngan berita tu..semoga bertambah rezeki mereka berdua,amin..
Oleh kerana aku taktau nak update apa kat sini aku nak taruk gambar2 diaorg kahwin dulu yang aku amik masa kat Ulu Dong, Raub Pahang..masa ni aku lum beli lens pape lagi..cuma guna 50mm 1.8 je sepanjang majlis..flashpun takde lagi..kali ni dengan sentuhan 'memori terindah' aku,ceeewaaahh..:
Bagi yang dulu pernah masuk FP aku ni mybe dah tengok semua gambar2 ni..memang sengaja aku masukkan balik.. takpelah kan bukannya kena bayarpun..lagipun ni kan fotopages aku,hahah...lagipun aku suka je gambar member2 aku kat sini banyak2 ok daa...
wassalam.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-Dec-2008 02:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Nikah : Teaser.
|
|
Bismillahirrahmanirrahim.
Ari ni aku tensen gile sebab Chelsea kalah ngan Arsenal malam tadi..takde mood,hehe..malam tadi masa lepak ngan Zayd tengok MU main, aku sempat baca satu artikal dari adan kat blog dia..tentang photographer yang terlalu kreatif.. aku setuju ngan pendapat beliau yang amik gambar pengantin secara kreatifpun kenalah bertempat dan berpada2..kita tak bleh assume semua orang berpandangan macam photographer..
Bagi kita kekadang gambar distortion, wide angle, fish-eye, low-angle tu cantik dan kreatif (nampak lain dari yang lain)..tapi ada juga client yang tak suka mukanya kawan2nya nampak panjang dan lonjong,hehe..kita suka gambar low angle yang kekadang nampak emosi dalam gambar tu tapi client tak suka sbb nampak lubang hidungnya besar,hehe..lelagi jenis client yang agak berumur or orang yg tak follow sangat perkembangan fotografi ni..mereka lebih suka gambar2 'biasa-biasa' yang konvensional..jadi aku akan ingat benda2 camni dalam kepala aku,hehe....
Ni skit gambar nikah yang aku amik weekend lepas sbg teaser,ceewaahh..pengantin belum beri kebenaran nak publish gambarnya,hehe..aku kenalah hormati perkara tu.. terima kasih kepada nadia yang rekemen aku untuk amik gambar sahabat baiknya..ni aku publish gambar nadia tu,hehe..
Korang jgnlah mimpi nak ngurat2 dia..dah berpunya tu,hehehe..Ok, itu je aku nak update, have a nice day kengkawan semua..
wassalam.
p/s : Terima kasih kat Safir yang sudi join tag ngan aku pada hari tersebut walaupun aku baru dalam bidang ni ada gak member nak berborak2,hehehe..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Nov-2008 03:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kenduri Aqiqah Nur Amni Nabihah..:)
|
|
Bismillahirrahmanirrahim..
Aku tak tahu nak update ape kat sini..jadi aku masukkan jela gambar sekitar majlis aqiqah dan cukur jambul anak buah aku minggu lepas,hehe..seawal 7 pagi aku dah kena lapah kambing ngan abah ngan adik2 aku je..sampai petang aku berbau kambing walaupun dah mandi dan sental badan aku,muahahah..aku suka makan kambing, suka sangat,hehe..emm, aku bizi skit minggu ni jadi layanlah gambar2 ni skit..:
Anak buah aku ni memang aktif betul..baru dua bulan tapi mulutnya tak berenti2 mengomel je,hehe..kalaulah dah reti cakap sok, masaklah semua nak layan dia cakap,hehe..semoga dia jadi seorang anak yang solehah bila besar nanti,amin..apapun aku seronok tengok dia membesar..bilalah plak nak sampai giliran aku nih,wakakaka.. Btw, Sabtu lepas aku serahkan album kat client.. alhamdulillah dia puas hati ngan kerja pertama aku tu..memang ada beberapa perkara yang aku kena perbaiki lagi..biasalah kali pertama, lum ada pengalaman lagi,hehe.
Nota kaki : Terharu aku terima bayaran pertama dlm bidang photography ni,ceewaahh..buat aku semangat nak buat sungguh2 lagi..thanks dhia ye..
wassalam.
|
|
|
|
|