budak jawe

By: acaii jawe

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 14-Oct-2008 02:42 Email | Share | | Bookmark
Raya dan Budak..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku agak bizi sekarang..tapi sempat gaklah nak jalan beraya umah member2 yang buat rumah terbuka hujung minggu lepas,hehe..sebenarnya aku tak kisahpun kalau diaorg tak masak ke apa sebab yang penting dapat mengeratkan ukhuwah sesama kengkawan..akupun suka datang umah kengkawan tak bagitau awal2..takmo susahkan diaorg nak masak ke, nak kemas umah dll..jangan risau aku tak pernah belek2 kain langsir, tengok set pinggan mangkuk dsb time beraya,tehehe..dan air teh ngan biskut keringpun dah kira ok bagi aku..

Satu perkara yang memeriahkan lagi suasana raya ialah dengan kehadiran budak2.. kekadang telatah mereka membuatkan kita terhibur je..bila beraya ngan orang yg dah berkeluarga ni, mmg anak2 diaorglah yang banyak menceriakan keadaan..ni ada beberapa gambar anak member2 ofis aku masa beraya beramai2 Sabtu lepas..bilalah aku nak dapat anak sendiri,huahuahua..*kahwinlah dulu wei..








Entry ni bagi mengelakkan fotopages aku bersawang,hahaa..aku ngah pening kepala siapkan keje nih,huhu..sebahagian diri aku lum kerja sepenuhnya sbb masih mood nak beraya,hehehe..setiap ari ada je budak2 ofis aku buat rumah terbuka..jadi sapa ada buat umh terbuka area shah alam ni bagitaulah aku ye, dengan tak malunya aku akan singgah makan walau aku dah gemuk,muahahaha...(bilalah nak abiskan pose 6 nih,huhu)

wassalam.



Monday, 6-Oct-2008 01:57 Email | Share | | Bookmark
Cerita Raya Aku..

Bismillahirrahmanirrahim..

Wah, raya sakan aku..tak ingat nak kerja langsung,hehe..alhamdulillah, aku rasa meriah je raya tahun ni..pastu ramai msge suruh aku update pasal raya..terasa fofular macam nabil plak,hahahah(*matilah perasan ) oklah sebelum aku makin mengarut sbb mabuk kuih raya, aku citelah skit sambutan aidilfitri aku tahun ni..

Sehari sebelum raya tu budak2 muda kampung aku kumpul duit sorang RM10 utk buat dodol beramai2..ni kira aktiviti tahunan pemuda kampung akulah..dapatlah 40 orang dan bahagikan kepada 4 kuali dodol..kitorang kacau dari pukul 5 petang sampai 11 malam..berhenti untuk berbuka puasa je..seronok dpt kumpul reramai ngan budak2 kampung..dapatlah jumpa member yg setahun skali je balik kampung..hidup lagi diaorg,hahaha..





Sambutan raya kat umah aku macam biasalah,sederhana tapi meriah..cuma tahun ni lebih meriah dgn kehadiran budak kecik comot yg menjadi perhatian sepanjang masa, amni nabiha (byk betul duit raya dia),hehe..pagi tu pas bermaafan pergi kubur arwah nenek dan atuk belah mak ngan abah..sbnrnya aku dah pergi kubur diaorg petang hari terakhir ramadhan tu..bersihkan mana yang patut, gemburkan tanah kubur dan menangis sengsorang time takde orang nampak,huhu..rindu arwah atuk ;’(












Tahun ni tak ramai sangat budak2 beraya umh aku..selalu raya ke 4 dah habis RM200 duit raya aku sediakan..ni masih ada balance lagi..cuma ramai saudara mara dan orang2 tua yang datang beraya..dari pagi sampai tengah malam ada je org datang umh..macam2 ragam aku jumpe..ni lah bestnya duduk kampung..takdelah beraya depan TV je ,muahahaha..aku harap kekallah begitu di kampung aku sampai bila2..











Satu perkara yang aku kena terima hakikat, 2 orang sahabat baik aku dah berkeluarga sekarang..tak dapat nak beraya ngan diaorg macam selalu kitorang buat sejak sekolah menengah dulu..takde lagi beraya dari pagi sampai tengah malam umh member2 sekolah lelaki dan perempuan,hihi..spjg tahun lepas rasanya paling ramai member2 aku menamatkan zaman bujangnya..semua dah ada kehidupan masing2, alhamdulillah..

Mungkin aku akan alami benda yang sama kelak..itulah lumrah kehidupan..yang penting, aku harap hubungan silaturrahim ngan kengkawan aku akan kekal sampai bila2,amin..jadi kesimpulannya, aku kenalah menikmati zaman2 bujang ni sementara belum kahwin,huahuahua...oh ya, sebulan puasa ni berat aku telah turun 5kg,yeeaayyy..tapi errr..tapi baru 5 hari beraya dah naik 4kg lagi,muahahahahahaha...*hampes tul..


p/s : fotopages ni mmg lembab macam menatang sloath tu,hehe..jadi gambar2 ni aku dah compressed supaya saiz fail tak besau.. terima kasih kpd yg sudi singgah sini..maaf zahir batin..


Wassalam..




Wednesday, 24-Sep-2008 00:44 Email | Share | | Bookmark
Photojournalism di Bazaar Ramadhan Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim..

Bulan Ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya..rasa tak best plak nak abis ramadhan ni,huhu..alhamdulillah setakat ni tak pernah miss lagi tarawikh..kalau tak dapat gi masjid aku gagahkan jugak buat sendiri2..smoga dapat berjumpa ramadhan akan datang,amin..weekend lepas aku ada ikut budak2 forum fotografi buat outing bazar ramadhan di Seksyen 13, Shah Alam..ada 40 orang yg join dan dibahagikan kepada 5 kumpulan.. aku group GREEN BANNET diketuai oleh bro torque..

Kitorang tak shoot saja2 je sebab sambil belajar pasal photojournalism..secara ringkas kalau aku nak terangkan, Photojournalism kira maca cerita bergambarlah..bayangkan org yg tengok gambar korang bukan orang malaysia..camner korang nak tangkap gambar dan bagi caption supaya mereka faham tentang situasi tersebut..Sebab tu dalam Photojournalism ni kena interview skali dan minta izin, takde amik gambar curi2, scratch dulu sblm shoot dan dptkan keunikan story tu.. tugasan group aku ari tu ayam bakar madu di gerai yang paling ramai pengunjung (story) , dan selesai tugasan baru bleh amik gambar lain,hehe..ini bukan report photojournalism, just gambar aku amik utk tugasan group je..








Apa yang aku tengok kat majalah photojournalism, gambar2 diaorg tak semestinya sharp, cantik dan sebagainya..cerita disebalik gambar tu yang lebih utama..contohnya macam gambar2 perang, bencana alam dan sebagainya..yup, itulah serba sedikit yang aku belajar dari mentor aku pada hari kejadian..akhir kalam, banyakkan ibadah dah nak abis ramadhan ni,wallahua'lam

wassalam.



Friday, 19-Sep-2008 00:06 Email | Share | | Bookmark
Aku dah jadi Pak Long wei..

Semalam adik aku dah bersalin dgn selamatnya, yeayy!! seorang bayi perempuan seberat 3.20kg kat Hospital Putrajaya, alhamdulillah..dah jadi paklong aku,huhu..terasa tua plak aku,hahaha..nama diberi Nur Amni Nabiha..akupun tak tahu mana dia dapat nama tu dan maksudnya..abah punyelah gembira sampai terus je call dari Mekah selepas sms bagitau dah selamat..cucu pertamalah katakan




Pasni, setiap malam terpaksalah tahan telinga bunyi bayi menangis,hehe..takpelah, kali terakhir aku dengar bayi menangis memalam kat umah ni pun masa aku sekolah rendah dulu masa mak lahirkan adik bongsu aku..punyelah tensen siang malam menangis je,hehe..tapi tu dulu, satu hari nnti akupun akan alami benda yang sama..kenalah belajar dari sekarang,ceewahhh..semoga amni akan jadi seorang muslimah solehah bila besar nnti,amin..aku bila?? biarlah rahsia,muahahahhahahaa…*nak muntah aku


P/s : Aku bizi kat kaunter zakat..ada masa aku upload lagi gambar..ni gambar mlm tadi pas balik dari hospital.hari kedua..aku belum nampak lagi dia terjaga, tido je kerjanya, hahaha


Friday, 12-Sep-2008 09:42 Email | Share | | Bookmark
Abah gi umrah

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam abah gi umrah..aku sempat antar abah gi KLIA..rasanya ni dah kali ke-4 abah pi umrah..kata orang sekali kita dah jejak kat tanah suci memang akan sentiasa rindu nak pergi ke sana lagi..semoga abah selamat dan sihat2 kat sana dan dapat jalani ibadah dengan tenang..aku tahu abah rindu nak tarawikh kat sana sebab hari2 kul1:30 pagi bangun tengok solat tarawikh live kat Mekah sana..sebenarnya antara impian aku dulu masa mula bekerja ialah nak bawak mak ngan abah pergi haji(sebelum mereka pergi dululah)..tapi tak kesampaian..mungkin satu hari nanti aku nak hadiahkan pakej umrah ramadhan utk mereka plak, amin..



Sebenarnya aku ni klasik orangnya..aku suka dengar lagu2 lama, dengar kisah orang dulu2 dan aku suka style editing yang ala-ala klasik ..aku masih dalam proses belajar edit gambar..sebab tu aku suka edit mood gambar jadi lebih kurang camtu walau aku buat tak cantik,muahaha..aku harap satu hari aku dapat identiti gambar aku sendiri macam idola aku dari dulu lagi masa mula2 minat photography the.image.is.found,huhu..

Wassalam.



[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net