budak jawe

By: acaii jawe

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 26-Mar-2008 00:17 Email | Share | | Bookmark
Macam-macamlah..

Ahad lepas aku sempat join kengkawan aku gi satu outing photography yg diadakan untuk beginner2 dalam DSLR nih,hehe.. adhadi tu mmg jenis tak lokek ilmu dan jawab sume persoalan2 asas even aku tengok diapun cam penat je terangkan benda yg sama kat sume org,hahaha..





Walaupun aku takde asas sangat dlm dslr ni tapi aku dah pegang video 4 tahun ..sbnarnya lebih kurang sama je function2 spt WB, Aperture, Shutter dsb.. begitu juga angle, composition, capture emotion hampir sama ngan video cuma dengan kaedah yg sedikit berbeza..

Emm, bagi aku setiap org ada kelebihan dan kekurangan masing2..kalau cam beginner ni (termasuk aku), tak bolehla diperkecil minat diaorg sbb ada yg bagitau aku gambar diaorg dikutuk otai2 dsb,huhu..diorgpun satu,jgnla kecik ati sampai takmo amik gambar lagi,mcm budak2 plak,haha..

Kekadang photography ni adalah sekadar minat or hobi je padahal ada antara diaorg adalah pakar dalam software, engineer, doktor dsb..cuba suh org yg terer photography tu buat sistem, lagi haru jadinya,hehe..maksud aku kepakaran seseorang tu berbeza..tak perlulah nak perkecil minat seseorang..kalau kita tengok gambar org tu tak lawa, mybe diaorg sedang belajar or tak seserius org yg jadikan tu sbg pekerjaan utama mereka..

*apalah aku mengarut pepagi ni,hahaha..


Monday, 18-Feb-2008 11:31 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Hatta !! ~ member ofis.

Sabtu lepas aku gi umah member ofis yg melangsungkan perkahwinannya kat Felda Gunung Besout 2 ,Sungkai Perak..Smoga berbahagia selamanya sahabat..emm, sbnarnya aku tak pernah jadi photographer kahwin sesapa,hehe..dan akupun bukan photographer kahwin member aku ni...tapi aku mmg suke amik gambo member2 kahwin ni..

Aku amik gambar ni guna kamera D70 pinjam member aku tanpa ada flash unit..pastu guna kit lens je,huhu..mmg sadis sangat bila ada orang bezakan aku ngan official photographer dari kamera mahal dia sampaila lens yg wide angle dan termasukla lens2 sumenya 2.8 tu,huhu...aku bkn yg rasmila weii...












Kepada yg slalu amik gambar wedding ni mmg bleh tahulah camne bangangnya amik gambar kalau takde flash unit untuk gambar di dalam umh,hehehe... dengan cahayapun tak cukup,huhu..nasib basic dslr dan photoshop yang ada dapat menyelamatkan aku,hahahaha...

Tapi yg bestnya bila dia bagitau yg dia suka beberapa gambar2 yg aku amik berbanding photographer dia tu,hehehee...ni yg bersemangat nak angkat DSLR sendiri ni,wakakaka...


Tuesday, 22-Jan-2008 11:26 Email | Share | | Bookmark
Cite sedih lembu aku..:'(

Aku sebenarnya nak buat surprise dalam entry kali ni..kononnya nak bagitau aku dah beli lembu baru ari Sabtu lepas..dan nak bagitau yg aku tak jadi beli anak lembu sbb ada org jual lembu yg dah besar skit,huhu..last2 aku plak yg terkejut petang smlm masa nak bagi mkn lembu, lembu aku sekor dah mati..:’(





Aku kena panggil abah sbb nak angkat lembu utk dikebumikan kat tpt lain sbb tanah kat situ susah nak buat lubang dalam..ni first time sejak aku bela lembu, lembu aku mati mengejut:( entahla, mungkin bukan rezeki aku..aku terima walaupun rugilah rm1000 gak,huhu..akupun takde mood nak cite lg..


P/S : Aku amik gambar guna kamera P&S Sony Cybershoot lama bapak aku je...lagi skali,sape nak bagi aku pinjam DSLR?hiks..maklumla aku lum mampu lagi,huhu


Friday, 21-Dec-2007 06:55 Email | Share | | Bookmark
Salam AidilAdha

Entah kenapa aku rasa sambutan Aidiladha tahun ni lebih meriah berbanding tahun2 sblumnya.. mungkin sbb aku tolong lapah lembu2 tu pastu edarkan kat org kampung sampaila waktu zohor..dulu aku mmg liat je nak tolong camtu,hahaha..cuma tak dapat nak rasa daging unta tahun ni sbb unta tak sampai,huhu..kat sini mmg biasa ada unta tau..tak dapatla korang tengok unta kena sembelih kan,hehe..





Teringat dulu masa duduk ngan arwah atuk, dia tak pernah amik kalau org bagi daging korban sbb katanya daging tu untuk org miskin, dan dia berkeras ckp yang dia tak miskin..dia suh bagi kat org yg lagi susah..padahal kitorang mmg susah sangat masa tu..entahlah, mungkin sikap org dulu2 yg suka berusaha tanpa meminta2 walaupun mereka susah..tu yg aku suka ttg atuk..





Tapi skrang aku tengok siap ada yg amik sembunyi2 lagi tu..amik 2-3 plastik bwk balik pastu datang amik lagi..siap suruh anak dia datang amik skali, ingat aku tak kenal anak2 dia,hehe..aku nak tegur bukan org kampung aku..diaorg cuma menyewa kat kg aku je..takpela, mungkin tu rezeki diaorg sekeluarga..cuma dia tak sedar agaknya ramai perasan dia buat camtu,hihi..


Monday, 17-Dec-2007 10:55 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Adik Aku...:)

Alhamdulillah, majlis kahwin adik aku telah berlangsung dengan meriahnya..Aku ngantuk sesangat spjg majlis..smlm penat mengiring adik aku bertandang..cam aku janji ari tu, aku tunjuk gambar2 kahwin adik aku yg tak sempat nak upload mingu lepas:)

~Gambar2 ni byk guna P&S yg diambil adik dan member aku..aku cuma mencantumkan je..ari tu aku shoot video kahwin dia..

~Aku compressed bagi low resolution gambar2 nih,hehe..





gambarajah di atas pula menunjukkan adik saya time hari bersanding,wakaka.. alhamdulillah cuaca sume baik walaupun ramalan cuaca ckp ribut petir pagi & petang:) kalau org tanye warna pe baju adik aku? aku tak reti nak jawab sbb warnanya cam pelik je,hihi..apa perasaan aku masa dia bersanding?!! entahla, sukar nakku luahkan,ececeh...






Haaa ni antara suasana majlis umah aku minggu lepas..abah nak sume kerusi berbalut sbb taknak bezakan ngan tpt VIP..khemah utk makan ada 9 buah..aku saje taruk gambar aku yg terlindung dibalik photographer tu..maklumla, ai kan pemalu, muhahahaha...emm, oleh kerana aku former members' kompang,maka kompang kat umh aku sampai 20 orang,siap bersilat bagai pahlawan zaman parameswara lg,ngenge..dan mat salleh tu tetamu dari belgium..banyak betul dia tanye aku pasal adat jawa nih (cam budak kecik je,hihi)






Ni plak gambar bertandang semalam..haaa gambar ni aku yang amik guna kamera pinjam yg takde flash,huhu..nasib tangan aku dah dibedung tak gegar guna shutter and aperture manual,muhahaha..kalau dpt gear yg power cam photographer adik aku, mesti gambar aku cantik punyelah,huk huks...aku tak edit sgt cuma cantumkan je sbb mana de mase weii.. Oh ye, aku tak jadi bersilat smlm sbb mak aku tak bagi,muhahahaha...


Nota kaki :Kebanyakkan gambar-gambar ini adalah daripada kamera P&S Sony Cybershoot bapak aku je,huhu...


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net