budak jawe

By: acaii jawe

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Sep-2008 06:57 Email | Share | Bookmark
Menyusur Kenangan : Rumah Kuning Aku.

Masa aku balik dari kerja luar kat area Sungai Besar baru2 ni, aku nampak sebuah rumah kampung yang cantik sangat..binaannya dibuat dari kayu sepenuhnya, byk ukiran kat beranda dan beratapkan daun rumbia yang jarang org pakai lagi sekarang..teringat dulu kecik2 kat rumah arwah atuk yang beratapkan daun rumbia..tengaharipun sejuk..tapi kalau ujan kekadang menitis air masuk rumah..kena sediakan tempayan kat tempat2 yang bocor tu,hehe..dalam tempayan tu kena taruk kain buruk kalau tak memercik plak air keluar dari tempayan..

Pastu kalau masa tukar atap tu kena carik musim panas..gotong royong panggil org kampung..masa diaorg buka atap tu mmg bleh nampak langit even duduk dalam bilik,hehe..seronok je baring tengok langit.. tapi masa abah buat rumah dah tak pakai atap rumbia lagi..pakai zink je..tapi memang masih kekal rumah kayu dari depan sampai belakang..dapur dan bilik airpun kat atas..org kampung dulu2 mana de yang rumah bawah..orang kaya je bleh buat rumah bawah guna batu,huhu..


My lovely house, ceewah


Masa aku tingkatan satu abah tukar rumah aku jadi rumah bawah..tu pun separuh batu dan separuh kayu..dan kekal sampailah aku besar nih..tapi satu yang paling aku rindu ialah bunyi ujan masa duduk kat rumah beratapkan zink..punyelah kuat bunyi air hujan sampai nak cakap pun kena menjerit,hehe.."maakkkk, nak kiccapp!!", padahal mak duduk depan aku je,hihi...terkenang juga panasnya masa tengahari rumah beratapkan zink..kalau sentuh zink tu mmg bleh melecur jari,huhu.. sbb tu org dulu2 suka duduk kat 'amben'..satu tempat duduk bawah rumah untuk rehat2 dan tido time tengahari..:') ah kenangan itu..


*Ari tu singgah rumah member, aircond kat rumahnya tak pernah off..siang malam ber'aircond'..sanggup pakai baju sejuk dlm rumah dari matikan aircond,hehe..cara hidup telah berubah..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net