budak jawe

By: acaii jawe

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 6-Oct-2008 01:57 Email | Share | Bookmark
Cerita Raya Aku..

Bismillahirrahmanirrahim..

Wah, raya sakan aku..tak ingat nak kerja langsung,hehe..alhamdulillah, aku rasa meriah je raya tahun ni..pastu ramai msge suruh aku update pasal raya..terasa fofular macam nabil plak,hahahah(*matilah perasan ) oklah sebelum aku makin mengarut sbb mabuk kuih raya, aku citelah skit sambutan aidilfitri aku tahun ni..

Sehari sebelum raya tu budak2 muda kampung aku kumpul duit sorang RM10 utk buat dodol beramai2..ni kira aktiviti tahunan pemuda kampung akulah..dapatlah 40 orang dan bahagikan kepada 4 kuali dodol..kitorang kacau dari pukul 5 petang sampai 11 malam..berhenti untuk berbuka puasa je..seronok dpt kumpul reramai ngan budak2 kampung..dapatlah jumpa member yg setahun skali je balik kampung..hidup lagi diaorg,hahaha..





Sambutan raya kat umah aku macam biasalah,sederhana tapi meriah..cuma tahun ni lebih meriah dgn kehadiran budak kecik comot yg menjadi perhatian sepanjang masa, amni nabiha (byk betul duit raya dia),hehe..pagi tu pas bermaafan pergi kubur arwah nenek dan atuk belah mak ngan abah..sbnrnya aku dah pergi kubur diaorg petang hari terakhir ramadhan tu..bersihkan mana yang patut, gemburkan tanah kubur dan menangis sengsorang time takde orang nampak,huhu..rindu arwah atuk ;’(












Tahun ni tak ramai sangat budak2 beraya umh aku..selalu raya ke 4 dah habis RM200 duit raya aku sediakan..ni masih ada balance lagi..cuma ramai saudara mara dan orang2 tua yang datang beraya..dari pagi sampai tengah malam ada je org datang umh..macam2 ragam aku jumpe..ni lah bestnya duduk kampung..takdelah beraya depan TV je ,muahahaha..aku harap kekallah begitu di kampung aku sampai bila2..











Satu perkara yang aku kena terima hakikat, 2 orang sahabat baik aku dah berkeluarga sekarang..tak dapat nak beraya ngan diaorg macam selalu kitorang buat sejak sekolah menengah dulu..takde lagi beraya dari pagi sampai tengah malam umh member2 sekolah lelaki dan perempuan,hihi..spjg tahun lepas rasanya paling ramai member2 aku menamatkan zaman bujangnya..semua dah ada kehidupan masing2, alhamdulillah..

Mungkin aku akan alami benda yang sama kelak..itulah lumrah kehidupan..yang penting, aku harap hubungan silaturrahim ngan kengkawan aku akan kekal sampai bila2,amin..jadi kesimpulannya, aku kenalah menikmati zaman2 bujang ni sementara belum kahwin,huahuahua...oh ya, sebulan puasa ni berat aku telah turun 5kg,yeeaayyy..tapi errr..tapi baru 5 hari beraya dah naik 4kg lagi,muahahahahahaha...*hampes tul..


p/s : fotopages ni mmg lembab macam menatang sloath tu,hehe..jadi gambar2 ni aku dah compressed supaya saiz fail tak besau.. terima kasih kpd yg sudi singgah sini..maaf zahir batin..


Wassalam..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net