Want your
own Fotopage?






 
budak jawe

By: acaii jawe

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 22-Jan-2009 03:47 Email | Share | Bookmark
Aku pindah kat blog.faisalrahim.com

Bismillahirrahmanirrahim.



Aku akhirnya menyahut seruan muslimin seluruh dunia yang menyeru supaya kempen memboikot produk Israel diperluaskan sebagai tanda bantahan, kecewa, marah dan kutukan terhadap kezaliman rejim zionis yang melakukan pembunuhan kejam ke atas saudara kita di Gaza, Palestin. Untuk makluman fotopages adalah "Made in Israel" iaitu dicipta oleh orang Israel dan sampai sekarang hosting dan domain fotopages berada Tel Aviv, Israel. Korang boleh tengok WHOIS untuk check dan confirm benda ni.

Untuk pengetahuan juga Malaysia merupakan pengguna terbesar fotopages yang secara langsung memberikan peluang mereka menjana keuntungan melalui iklan di fotopages. Boleh follow link ni untuk lihat bukti tersebut : PECAHAN PENGGUNA FOTOPAGES MENGIKUT NEGARA iaitu lebih dari 30% dari seluruh dunia. Kalau tengok nama2 orang yang register fotopages di Malaysia pula lebih 70% adalah orang Melayu Islam. Korang bleh tengok nama2 mereka kalau follow link kat Negara Malaysia tu. Jadi kalau kita tak guna memang nampak significant perubahan tu berbanding boikot benda lain.

Aku akui tidak mampu untuk pergi berjihad bersama-sama masyarakat Palestin..tetapi hanya dengan usaha tidak seberapa inilah sahaja mampu tunjukkan keprihatinan kita terhadap kekejaman yang berlaku..sehubungan dengan itu, sebagai tanda protes aku dengan ini secara RASMI berpindah ke blog baru http://blog.faisalrahim.com dan menutup operasi faisalrahim.fotopages.com di syarikat milik Israel (Fotopages) ini.

Selepas ini tiada apa2 update kat sini lagi. Korang bleh lawat aku kat blog tersebut. Terima kasih kerana sudi melawat aku kat sini. Aku tak suruh sesapa berpindah macam aku. Kalau taknak pindah jangan plak perkecil dan kutuk usaha memboikot seperti ni. Ia hanya buat orang2 ni nampak sangat 'loser' dan sangat bodoh bagi aku.

Wassalam.


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.